Hasil daripadaperjumpaan Pengerusi dan AJK pembinaan surau bersama Pengawai Daerah Tuan Zainul Abidin dan Hajah Hamdiah, peruntukan yang diperolehi pada tahun ini akan dipulangkan kepada Pejabat Daerah Negeri (SDO) kerana ianya perlu dibelanjakan selewat-lewatnya dalam bulan Disember 2007 yang mana setakat ini agak mustahil untuk dilakukan memandangkan tapak belum dapat disediakan kerana ketidaan kewangan yang mencukupi.
Pemulangan peruntukan lewat akan menyulitkan proses untuk mendapatkan semula peruntukan tersebut pada tahun yang akan datang kerana SDO akan kehilangan keyakinan kepada kejayaan projek tersebut. Namun dengan pemulangan awal dan dengan sebab-sebab yang munasabah ia akan memudahkan permohonan semula peruntukan pada tahun hadapan. Menurut pengalaman Pegawai Daerah, kelulusan adalah lebih cepat dan boleh diperolehi dalam pertengahan tahun 2008. Pegawai Daerah dengan kerjasama Hajah akan menguruskan penghantaran balik peruntukan tersebut dengan alasan bahawa tapak belum sedia untuk pembinaan bermula dan spesifikasi atau rekabentuk surau dalam proses pembuatan.
Pada masa ini Tuan Zainul menasihatkan supaya AJK menumpukan perhatian kepada usaha mendapatkan dana untuk menimbus tapak pembinaan (built up area) yang dianggarkan dalam RM100K. Beliau juga mencadangkan supaya memohon bantuan daripada YB Lee Kim Shin, YB Datuk George Chan, YB Datuk Peter Chin, YB Datuk Daud, YB Datuk Abang Johari, kepada Baitulmal, peruntukan MRP dan badan-badan lain. Satu salinan permohon hendaklah diberikan kepada Pejabat Daerah dan Setiausaha Politik Hj. Ahmad Lai.
Dalam waktu yang sama AJK hendaklah menyiapkan spesifikasi dan rekabentuk surau sebelum tahun 2008. Dicadangkan bahawa spesifikasi asas dimana rekabentuk bangunan yang boleh digunakan sepenuhnya hendaklah tidak melebihi RM200K termasuk margin keuntungan yang munasabah kepada kontraktor yang membina surau tersebut. Ini adalah bagi mengelakkan berlakunya tidak ada kontraktor yang sanggup atau bilangan tender yang kurang.
Bagi pengubahsuaian atau pembesaran surau ianya boleh diusahakan pada tahun-tahun yang akan datang dan Pejabat Daerah berjanji akan membantu di dalam hal ini.